Sunday, 13 May 2012


Sejarah Munculnya GPS
GPS (Global Positioning System) adalah sebuah peralatan navigasi yang pada awalnya direka sebagai akibat permasalahan pasukan Amerika syarikat dalam menghadapi perang Vietnam. Salah satu kesulitan utama yang dialami pasukan di darat adalah bagaimana mereka selalu saling mengetahui posisi satu sama lain, terutama pada saat berada jauh di dalam hutan tebal.  Pada ketika itu mereka menggunakan sistem radio yang disebut LORAN system untuk mengetahui posisi.  Namun berlaku banyak kesalahan yang diakibatkan penerimaan/pemancaran radio yang terganggu, dan defleksi gelombang permukaan akibat cuaca buruk maka sistem ini kurang bisa meyakinkan untuk operasi penting pada saat itu.   Amerika Serikat kemudian mengadakan uji coba dengan 4 satelit, yang diberi nama TRANSIT.   Satelit ini memilik orbit sangat tinggi dan digunakan untuk kepentingan militer.   Namun, sistem ini masih memiliki akurasi rendah, dan posisi hanya bisa diperoleh setiap 2 jam.   Generasi berikutnya dibangun oleh NAVSTAR dan dioperasikan secara terbatas pada tahun 1986.   Sistem ini hanya berfungsi 3-4 jam setiap hari karena satelit yang diorbitkan hanya sedikit.   Pengorbitan satelit NAVSTAR sempat tertunda kerana kemalangan  Kapal Ruang Angkasa Challenger pada tahun 1988.   Challenger merancang akan digunakan untuk meluncurkan satelit-satelit GPS NAVSTAR.















Sistem GPS benar-benar beroperasi pada saat dimulainya Perang Teluk pada tahun 1990.   Sistem satelit blok 1 diluncurkan sebagai tambahan atas blok 2 yang sudah terlebih dahulu diorbitkan.Jumlah satelit yang diorbitkan adalah 21 satelit, utnuk menyediakan sistem GPS di seluruh dunia, dengan kemampuan pengiriman data setiap saat.Departmen Pertahanan AS juga mengoperasionalkan GPS yang dipasarkan bebas mulai tahun 1990.   Sistem ini masih digunakan pada masa ini.   Satelit-satelit GPS mengorbit terhadap bumi 2 kali sehari pada ketinggian 11.000 mil diatas bumi, dan memancarkan elevasi dan posisi dengan tepat.   Sistem penerima GPS mengolah isyarat, lalu mengukur interval antara saat isyarat dipancarkan dan diterima untuk menentukan jarak antara antara receiver GPS di bumi dan satelit.  Pada saat receiver GPS menghitung data-data tersebut dari 3 satelit minimum, lokasi di permukaan bumi dapat ditentukan dengan cepat. Dewan industri GPS baru saja mengumumkan bahawa peralatan receiver GPS ditargetkan akan terjual sampai 8 milion Dollar sampai tahun 2000.Penggunaan GPS memang telah meluas dalam berbagai sektor.   Receiver GPS bahkan telah dipasang di mobil-mobil mewah, dilengkapi dengan peta jalan digital dalam CD ROM yang akan menolong pengendara untuk menuju tempat tujuan.   Receiver GPS juga akan segera di integrasikan dengan telefon selular.   GPS pada saat ini telah menjadi teman yang baik di perjalanan dan akan sangat berjasa sebagai petunjuk arah pada saat yang gawat.
Kebijaksanaan tentang penggunaan GPS sendiri diatur dalam Federal navigation Plan (FRP), yang disiapkan oleh tim gabungan dari Departmen Pertahanan dan Departmen Transportasi AS, melalui berbagai pertemuan pada tahun 1992.   Namun pada dasarnya, GPS sendiri adalah milik Jabatan Pertahanan, namun pada kelanjutannya menjadi peralatan yang dipasarkan bebas.   Rencananya satelit GPS akan ditambah 2 lagi, sehingga semuanya menjadi 24 satelit.   Kemampuan penuh GPS dengan 24 satelit (blok I,II, dan IIA) akan diumumkan oleh Departmen Pertahanan AS.   Sebelum berkemampuan penuh, Full Operational Capability (FOC) maka GPS sebenarnya sudah layak dipakai untuk bernavigasi, hanya kemampuan agak rendah.   keadaan ini dinamakan Initial Operational Capability (IOC), yang dimulai sejak 8 Desember 1993.






Kemampuan yang disediakan oleh GPS sendiri telah dikategorikan menjadi 2 jenis.   Yang pertama adalah Standart Positioning Service (SPS) dan kedua Precise Positioning Service (PPS). Sistem SPS adalah sistem yang dijual untuk pemakai diluar Jabatan Pertahanan AS, termasuk yang dipakai Angkatan Bersenjata Indonesia/Australia.  SPS menyediaan frekuensi GPS L 1 yang mengandung kode Coarse Acquisition (CA) dan data navigasi.   Untuk sistem ini, Jabatan Pertahanan AS sudah memberikan isyarat salah yang menurunkan receiver  GPS untuk menghitung posisi.    Sistem GPS jenis SPS bisa diakses dengan menggunakan peralatan receiver (yang bisa dibeli di pasar bebas) setiap saat.  Kemampuan GPS jenis SPS sebenarnya juga sudah sangat akurat bagi keperluan non militer iaitu dengan error horizontal, 100 meter ( dijamin  95 % ) dan 300 meter ( dijamin 99.99 % ).   Untuk error vertikal adalah 140 meter ( dijamin 95 % ).   Error waktu adalah 340 nanodetik ( dijamin 95 % ).   Sedangkan GPS jenis kedua adalah GPS PPS yang memiliki yang sangat tinggi, baik waktu, kecepatan, dan posisi.misalnya, sistem GPS ini hanya digunakan oleh Departmen Pertahanan AS dan instansi lain yang diberi lesen.   PPS akan mengirimkan data, dengan menggunakan frekuensi L1 dan L2 dan hanya untuk kepentingan militer.   Inilah strategi dagang Amerika Syarikat yang tidak mahu menjual produk terbaiknya pada sebarang orang.   Hal ini sebenarnya tidak pada GPS saja, pada peralatan militer lain seperti pesawat dan senjata, selalu ada bahagian-bahagian yang dibatasi/dihilangkan.
GPS pada dasarnya terdiri dari 3 bahagian utama yaitu SPACE, CONTROL, dan USER.   SPACE adalah 24 satelit yang ada di luar angkasa.   CONTROL adalah 5 stesen monitor yang ada di Hawaii, Kwajalein, Ascension Island, Diego Garcia, dan Colorado Springs.   Terdapat 3 ground antenna iaitu Ascension Island, Diego Garcia, dan Kwajalein.   Sedangkan Master Control Station (MCS) berlokasi di Falcon AFB di Colorado.   Stesen monitor selalu mengawasi satelit, dan pemeriksaan kesalahan data yang dipancarkan.   Data-data ini diproses di MCS untuk menentukan orbit satelit dan mengkoreksi data yang dikirim oleh satelit.   Setelah diteliti, data itu dikirim balik ke setiap satelit lewat ground antenna.   Dengan cara ini, satelit akan mentransmisikan data yang tepat pada semua pengguna.   Bahagian ketiga adalah USER.   Para pengguna jasa GPS bisa mendapatkan/membeli receiver GPS, tentunya tipe SPS untuk membolehkan mengakses pancaran satelit.   Untuk receiver GPS sendiri pelbagai jenisnya, sehingga para pengguna boleh menentukan mana yang lebih disukai.   Pada saat pertama kali dikeluarkan, peralatan ini mempunyai harga yang mahal.   Namun pada saat sekarang sekarang harganya sudah relatif murah.
Sumber : internet



TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN

Global Positioning System (GPS)

 


Global Positioning System (GPS) telah siap dibina dan digunakan untuk tujuan pelayaran ketenteraan (military navigation) dan keperluan-keperluan yang lain. Sistem satelit ini telah dibina oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (PENTAGON). Sepanjang tempoh fasa  pembangunan dan penyelidikannya sistem ini mendapat perhatian serta populariti yang tinggi dan ini membolehkan lebih banyak pembangunan ke atas GPS dilakukan bagi menambahkan kegunaannya di samping mendapatkan lebih banyak pengguna.
            Sistem lengkap GPS mengandungi sebanyak 24 buah satelit operasi (blok I, II, IIA) yang beroperasi 24 jam. Kemajuan terbesar ialah pelancaran Initial Operation Capability (IOC) pada 8 Disember 1993. Dengan pelancaran ini bermakna kesemua 24 buah satelit ini (blok II,IIA) mula beroperasi. Satelit blok I bagaimanapun hanyalah sebagai eksperimen dan hanya digunakan pada fasa pertama pembinaan dan pembangunan sistem GPS ini.

                Terdapat 3 komponen utama GPS  iaitu:
>Segmen pengguna (user segment)
>Segmen kawalan (control segment)
>Segmen angkasa (space segment)


>Segmen pengguna


Segment ini terdiri daripada pengguna dan penerima (receiver) isyarat GPS, iaitu sejenis penerima radio yang direkabentuk untuk menerima isyarat radio yang dihasilkan oleh satelit. Ia kemudiannya menghitung kedudukan kawasan berdasarkan maklumat tadi.

>Segmen kawalan


Segmen ini terdiri daripada semua fasiliti atau kelengkapan atas bumi (ground-based facilities) yang digunakan untuk memonitor dan mengawal satelit. Ia biasanya tidak dapat dilihat. Segmen kawalan NAVSTAR (Navigation Satellite Timing and Ranging) dikenali sebagai sistem kawalan operasi (OCS), mengandungi stesen monitor yang terletak di Colorado Spring, Ascencion Island, Diego garcia dan Kwajalein.

 

>Segmen angkasa


Segmen ini adalah susunan semua satelit GPS dan susunan satelit ini dipanggil “constellation” (bintang-bintang).




SEJARAH GPS
Penggunaan GPS atau Sistem Penentu Kedudukan Global untuk kenderaan mahupun individu semakin meluas di Malaysia.Biarpun negara kita masih baru dalam penggunaan teknologi tersebut namun ia telah tersebar secara meluas di negara-negara maju di seluruh dunia.GPS pada asalnya digunakan oleh pihak tentera, pengembara malah turut digunakan oleh jurutera mahupun para saintis untuk mengetahui kedudukan sesuatu tempat.Teknologi ini berkembang apabila manusia berjaya menghantar satelit ke ruang angkasa bagi memerhati pergerakan bumi.

Selain itu, satelit juga digunakan untuk mengambil gambar, memerhati serta mampu berinteraksi secara terus ke bumi.Justeru, setiap inci rupa bentuk serta pergerakan di bumi dapat diperhatikan dengan cepat, jelas serta tepat.Kini GPS telah diolah agar lebih mudah untuk digunakan serta lebih praktikal.Sebagai contoh, kegunaan GPS sebagai panduan bagi memudahkan perjalanan ketika memandu

Aplikasi serta penggunaannya adalah sama seperti GPS yang digunakan untuk menentukan kedudukan oleh para pengembara dan tentera.Cuma, ia lebih tertumpu kepada aplikasi menentukan serta menunjukkan arah jalan yang akan dilalui oleh pemandu kenderaan.Sejarah GPS bermula pada awal tahun 1940 apabila ia dicipta berdasarkan sistem navigasi radio yang dikenali sebagai LORAN dan Decca Navigator dan digunakan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua.

Namun impian untuk mendapatkan teknologi GPS secara lebih tepat berjaya direalisasikan apabila Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama iaitu Sputnik pada tahun 1957.Jadi bagaimanakah saintis dapat menentukan kedudukan satelit di angkasa sekali gus dapat memberikan maklumat yang tepat berkenaan kedudukan kita di bumi.Secara mudahnya, satelit yang mengorbit akan berkomunikasi dengan bumi melalui transmisi radio.

Justeru terdapat sekumpulan saintis yang di ketuai oleh Dr. Richard B. Kershner memerhati transmisi radio telah menemui Kesan Droppler (Droppler Effect).Kesan Dropler adalah fenomena di mana frekuensi yang dipancarkan oleh Sputnik menjadi amat jelas apabila ia berada berdekatan dengan pusat kajian (atau selari dari angkasa ke bumi) dan menjadi kurang jelas apabila ia jauh.Justeru, saintis tersebut dapat menentukan kedudukan satelit dan kedudukan mereka dengan jelas dan tepat dengan mengukur kekuatan Kesan Droppler yang terhasil ketika satelit tersebut sedang mengorbit bumi.
Ia kemudiannya di kenali sebagai Sistem Navigasi Satelit dan Tentera Laut Amerika Syarikat merupakan pelopor penggunaan teknologi tersebut. Ia telah diuji sepenuhnya pada tahun 1960. Kini, teknologi satelit telah berkembang pesat dan ia boleh didapati di mana-mana. Malah penggunaannya boleh disamakan seperti penggunaan telefon bimbit dalam kehidupan seharian kita. Contohnya GPS kereta yang digunakan secara meluas untuk menentukan jalan dan arah tuju bagi pemandu masa kini.Ia juga lebih dikenali sebagai Penerima GPS di mana ia berfungsi dengan menerima dan mengira isyarat yang dihantar oleh mana-mana satelit yang mampu dikesan olehnya.

Setiap satelit memancarkan data berupa masa ketika pesanan dihantar, maklumat orbit yang tepat (ephermis) dan sistem umum bagi mana-mana satelit yang sedang mengorbit bumi (almanac). Maklumat tersebut sekali gus dapat menentukan kedudukan satelit dan kembali dapat menentukan kedudukan penerima isyarat GPS.

Namun sejauh mana keberkesanan GPS khususnya untuk kegunaan pemandu kenderaan di atas jalan raya.Teknologi GPS yang ada kini merupakan antara pemandu arah yang terbaik buat pemandu.Namun sistem pemetaan dalam penerima GPS tersebut mesti selalu di kemaskini untuk mengelakkan ia menunjukkan laluan yang salah.

Bagi negara-negara maju, sistem pemetaan teknologi GPS dilakukan secara kerap bagi memastikan ketepatannya malah ia tidak kurang juga di negara kita, gajet GPS yang digunakan juga perlu dikemaskini melalui internet.Antara gadget yang terkenal di Malaysia adalahi Garmin, TomTom, Holux, EGO dan pelbagai lagi.Malah aplikasi sistem GPS ini juga turut dimuatkan dalam telefon bimbit menjadikannya lebih praktikal.

Di Malaysia penggunaan sistem GPS kereta dilihat agak terhad dan masih dalam proses perkembangan. Hal demikian kerana sistem pemetaan digital negara ini masih belum cukup sempurna. Ia juga berikutan Malaysia masih dalam kategori negara membangun di mana sistem jalan dan bangunan sering berubah-ubah menjadikan penggunaan sistem GPS kereta agak terhad. Namun ia masih merupakan alternatif yang amat berkesan untuk pengguna jalan raya sebagai panduan untuk mencari kawasan yang hendak ditujui.






Latar Belakang GPS

Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Pengguna Institusi Pengajian Tinggi merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan.
GPS ditubuhkan bersesuaian dengan misi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu memacu negara ke arah mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai pengguna serta masyarakat pengguna yang perkasa.

Objektif GPS

GPS mempunyai tiga objektif utama
  • Membentuk kumpulan pengguna generasi baru yang bijak, rasional dan bertanggungjawab supaya mahir dalam membuat keputusan pembelian barangan dan perkhidmatan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti harga, kualiti, keselamatan, penggunaan sumber, pertimbangan ekologi dan keadaan ekonomi semasa.
  • Mewujudkan gerakan kepenggunaan yang berinformasi, rasional, peka dan mempunyai semangat sukarelawan bagi membantu melindungi pengguna daripada segala bentuk penyelewengan.
  • Membangunkan rangkaian kerjasama yang besar, bersatu padu, komited dan proaktif dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepenggunaan yang menyumbang kepada peningkatan kesedaran serta pengetahuan kepenggunaan di kalangan pelajar dan masyarakat.

Prosedur Kerja GPS


GPS dioperasikan kepada LIMA langkah logikal:
>Asas GPS ialah penyetigaan (triangulation) daripada satelit.
>Untuk  proses “triangulate ini, penerima GPS (receiver) menghitung kedudukan menggunakan  masa bergerak isyarat radio (travel time of radio signals).
>Untuk menghitung masa bergerak ini, GPS memerlukan pemasaan (timing) yang amat tepat.
>Kita perlu mengetahui kedudukan satelit di angkasa dengan tepat, bersama-sama dengan jarak atau kedudukan yang ingin diukur.
>Akhir sekali, pembetulan dibuat untuk sebarang kelambatan penerimaan isyarat berdasarkan kepada pergerakannya merentasi atmosfera.

Triangulating

Ringkasan:
   Kedudukan dikira daripada pengukuran jarak (ranges) ke satelit.
   Empat satelit diperlukan untuk mendapatkan kedudukan yang tepat.
   Tiga “ranges” sudah mencukupi sekiranya jawapan kedudukan yang mustahil  
      diabaikan

Secara kasarnya, pengunaan GPS ialah berdasarkan kepada penggunaan satelit-satelit di angkasa sebagai titik rujukan untuk menentukan lokasi di atas permukaan bumi. Menerusi penghitungan  kaedah kedudukan yang ingin dicari daripada TIGA buah satelit, kita dapat melakukan triangulate kedudukan  kita di mana-mana jua di permukaan bumi. Sistem GPS mengandungi 3 bahagian utama iaitu pertamanya satelit-satelit yang mengirimkan maklumat-maklumat kedudukan. Keduanya stesen-stesen bumi yang berfungsi mengawal satelit dan memperbaharui (update) maklumat-maklumat yang dihantar oleh satelit. Ketiganya ialah penerima (receiver) yang menghitung kedudukannya pada sebarang titik di bumi berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang ia perolehi daripada satelit-satelit tadi.
            Secara asasnya, kita gunakan set lokasi yang telah kita ketahui kedudukannya untuk menghitung kedudukan semasa kita dengan menetapkan kedudukan yang telah diketahui. Sekiranya kita mempunyai kompas bearing, kita boleh melukis suatu garisan menerusi kedudukan yang telah diketahui dan kita mengetahui kita sebenarnya berada pada mana-mana titik di sepanjang garis tersebut. Lakukan kaedah yang sama pada titik kedua (lokasi yang telah diketahui) dan garisan ini akan bersilang dengan garisan pertama tadi. Persilangan ini merupakan kedudukan kita.
            Sekiranya kita melakukan kaedah yang sama terhadap titik ketiga (lokasi yang diketahui kedudukannya) ia sepatutnya bersilang pada titik persilangan yang sama, namun disebabkan kedudukan titik yang biasanya ditandakan kurang tepat maka garisan tadi tidak menyilang, sebaliknya membentuk sebuah segitiga bersama-sama dengan dua garis yang bersilang tadi.
Kita sebenarnya berada pada suatu kedudukan dalam segitiga tersebut tetapi kita tidak mengetahui kedudukan yang sebenarnya.
            Penerima isyarat GPS mengukur kedudukannya daripada satelit dan menggunakan maklumat ini untuk mengukur kedudukan yang tetap. Penerima ini mengukur panjang masa isyarat daripada satelit untuk sampai kepadanya dan dengan mengetahui bahawa isyarat tadi bergerak dengan halaju cahaya, ia dapat menghitung kedudukan daripada masa pergerakan yang diketahui. Bagaimanapun, satelit-satelit ini sebenarnya sedang bergerak, justeru timbul persoalan, bagaimana ianya menghitung kedudukan sesuatu tempat sedangkan ianya pada masa yang sama bergerak?

            Penyelesaiannya ialah satelit itu sendiri menghantar maklumat lengkap tentang kedudukan semasa yang relatif kepada penerima isyarat GPS. Ini membolehkan kita menjadikan lokasi satelit dan jarak daripada satelit tersebut sebagai panduan. Kita boleh membuat andaian bahawa kedudukan kita sebenarnya adalah pada mana-mana titik dalam sfera yang pusatnya pada lokasi satelit. Dengan menggunakan maklumat yang sama daripada satelit kedua, pengiraan terhadap sfera kedua yang memotong sfera pertama pada suatu paksi dibuat. Sekarang kedudukan kita diketahui berada pada suatu kedudukan tertentu dalam bulatan yang terbentuk hasil daripada penyilangan dua sfera tadi.
Daripada rajah sebelah, kedudukan kita sebenarnya berada mana-mana kedudukan dalam bulatan berwarna gelap yang terhasil daripada persilangan dua sfera.                                                                           Sekiranya kita menggunakan maklumat daripada segitiga ketiga, kita akan mendapati bahawa sfera yang ketiga yang terbentuk adalah menyilang pada dua titik.Sebenarnya pada peringkat ini kita dapat mencari kedudukan


kita yang sebenarnya iaitu pada salah satu titik daripada dua titik persilangan. Ini kerana salah satu daripadanya sama ada terlalu jauh daripada bumi atau bergerak dengan halaju yang mustahil (kedudukan yang mustahil).




Pengukuran Jarak (Pseudo-Range navigation)

 Ringkasan:
>Jarak ke satelit dihitung dengan mengira panjang isyarat radio untuk sampai ke penerima             
      daripada satelit.
>Untuk membuat pengiraan ini, satelit dan penerima  mestilah mempunyai pseudo-random
      code yang sama pada masa yang sama.
>Dengan mengira kelewatan  pseudo-random code satelit sampai ke penerima, masa  yang
      diambil untuk sampai ke penerima diambil.
>Masa pergerakan ini (travel time) didarabkan dengan kelajuan cahaya dan jarak
      diperolehi.

Satelit dan penerima  keduanya mempunyai  pseudo-random code yang sama untuk memastikan sistem ini dapat berfungsi dengan baik. Satelit-satelit GPS menggunakan jam atom, manakala penerima pula dicipta sedemikian rupa iaitu mempunyai jam yang berketepatan jam atom.
            Kedudukan penerima ialah  di mana julat pseudo (pseudo-ranges) daripada set SV (space vehicles) bersilang. Kedudukan dicari daripada pendaraban pengiraan pseudo-range. Data orbital membolehkan penerima menghitung kedudukan SV dalam 3 dimensi pada kedudukan semasa (instant) ketika SV tadi menghantar isyarat.
            Empat satelit diperlukan untuk mendapatkan  tiga dimensi kedudukan dan masa. Kedudukan ini dihitung oleh penerima di koordinat Earth Centered, Earth Fixed X,Y,Z (ECEF XYZ). Kedudukan SV dikira daripada empat julat pseudo (pseudo-ranges) dan pembetulan masa dan data ephimeris (elemen orbital tepat, precise orbital element). Kedudukan penerima pula dihitung daripada kedudukan SV, pengiraan julat pseudo (pembetulan kepada offset jam SV, kelewatan disebabkan faktor ionosfera, dan kesan-kesan relatif lain) dan pengiraan kedudukan penerima (biasanya kedudukan terakhir penerima yang diambil).




Kedudukan Satelit

Pada penerima di atas bumi, dilengkapi almanak yang telah diprogramkan ke dalam komputer yang memberitahu penerima di mana satelit berada di angkasa, masa demi masa.
            Satelit GPS dikawal oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk membolehkannya lebih sempurna. Radar yang tepat digunakan untuk memeriksa kedudukan tepat setiap satelit, altitud yang tepat dan kelajuannya. Apabila DoD telah mendapatkan kedudukan tepat satelit, ianya menghantar kembali data dan maklumat tadi ke satelit sendiri. Satelit akan menyertakan kedudukan terbaru ini dalam isyarat masa (timing signals) ia dipancarkan. Sebab itulah isyarat GPS turut mengandungi mesej navigasi (navigation message) dengan data ephimeris.



PERBANDINGAN TEKNOLOGI










 
GPS (Global Positioning System) adalah sebuah peralatan navigasi yang pada awalnya direka sebagai akibat permasalahan pasukan Amerika syarikat dalam menghadapi perang Sebelum terbentunkya GPS ,seluruh dunia menggunakan pelbagai kaedah bagi menentukan sesuatu arah yang hendak dituju dengan mudah dan cepat .seluruh dunia akan menggunakan gajet ini kerana ia mudah didapati dengan harga yang mampu dibeli bagi kegunaan harian .Pada mulanya seluruh dunia menggunakan pelbagai kaedah untuk menentukan kedudukan mereka dengan menggunakan kompas,peta,satelit bagi pihak tentera bertujuan untuk mengetahui kedudukan pusat kawalan.Apabila dunia semakin berkembang dan menggunakan teknologi bagi menentukan arah tuju maka tercipta satu gajet yang dinamakan/dikenalikan sebagai GPS.Ia boleh di bawa dan diletakkan didalam kenderaan ,manakala software/perisian boleh terdapat didalam telefon yang mampu menggantikan GPS.Pengunaan GPS ialah berdasarkan kepada penggunaan satelit-satelit di angkasa sebagai titik rujukan untuk menentukan lokasi di atas permukaan bumi.










 






No comments:

Post a Comment